Pemerintahan beraja Afrika Selatan

Dari 1910 hingga 1961, Kesatuan Afrika Selatan ialah sebuah negara berkerajaan sendiri yang berkongsi raja dengan United Kingdom dan Dominion Empayar British yang lain. Peranan perlembagaan raja kebanyakannya diwakilkan kepada gabenor jeneral Kesatuan Afrika Selatan.

Afrika Selatan menjadi sebuah republik dan meninggalkan Komanwel Negara pada 31 Mei 1961.[1] Pada 31 Mei 1994, Afrika Selatan menyertai semula Komanwel sebagai sebuah republik, selepas tamatnya apartheid.[2]


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search